Hidup ini akan
menjadi sangat indah sekiranya kita melatih diri membentuk jiwa untuk bersangka
baik dengan keadaan di sekeliling kita.Kata ahli psikologi ‘apa yang anda lihat
tidak penting, tetapi bagaimana cara anda melihat sesuatu itu lebih
penting’,ahli sufi mengatakan ia sebagai pandangan mata hati. Keadaan dunia ini
berdasarkan cara kita melihatnya kerana dari melihat akan membentuk kelakuan,
tabiat dan akhirnya masa depan.
Sebagai contoh seseorang yang memandang dunia
ini satu tempat yang sangat bosan, di sana sini ada musuh, nak dapat kerja pun
susah, ada keluarga pun tak memahami,ada kawan pun tikam dari belakang, mungkin
ini antara andaian-andaian yang ‘dicipta’ sendiri oleh orang yang memandang
bosan dunia ini. Maka apa yang akan berlaku pada manusia seperti ini? Pastinya
dia akan berkelakuan pasif, seperti sering menyalahkan orang lain, selalu buruk
sangka terhadap rakan sendiri atau ahli keluarga, dan mungkin lebih teruk lagi
menyalahkan takdir! Nauzubillah. Seringkali kita diingatkan agar mengelakkan
diri dari melazimi 3 perkara ini iaitu merungut,
menyesal dan menyalahkan.
Oleh itu apa yang
harus kita lakukan? Ayuh kita betulkan fokus kita terlebih dahulu atau cara
kita memandang setiap apa yang berlaku pada kita, ahli NLP sering berkata ‘We
can’t direct the wind, but we can adjust our sail’ iaitu kita tidak mampu
mengubah arah angin, namun kita mampu mengalih arahkan layar kita, jadi layar
yang dimaksudkan di sini ialah diri kita sendiri! Cuba lihat bagaimana
sesetengah manusia berjaya dalam hidup mereka hanya kerana mereka membetulkan
fokus atau cara pandang mereka terlebih dahulu, sebagai contoh seorang peniaga
memfokuskan pada keuntungan berganda tanpa terlintas langsung istilah rugi atau
gagal, ini kerana baginya dalam perniagaan keuntungan adalah satu anugerah
namun jika tidak untung baginya ia adalah satu ibrah (pengajaran).
Benarlah kata guru
saya En. Megat Yusof,‘There is no failure only feedback’ tidak ada kegagalan melainkan pengajaran. Namun berapa ramai di
kalangan kita yang mampu membetulkan fokus kita terhadap kegagalan sebagai satu
pengajaran? Sebagai seorang pelajar yang fokus pada kejayaan, sentiasa
memperbaiki skill atau cara dia belajar dan jauh sekali dari menyalahkan pihak
lain seperti guru yang tak pandai mengajar, kelas yang panas, kawan-kawan yang
tidak memahami dan mungkin tiada tempat belajar selesa di rumah. Ini semua
alasan-alasan yang sering kali diberikan oleh pelajar yang tidak fokus pada
kejayaan. Akhirnya dia akan menjadi pelajar yang pasif dan menanti hari untuk
gagal.
Inilah di antara punca sesetengah manusia yang bertindak
di luar batas kemanusiaan kerana cara dia memandang dunia dengan cara negatif,
ada yang mengatakan hidup ini sangat bosan sedangkan dunia tak pernah bosan
yang membosankan dunia adalah diri sendiri!! Saya pernah terbaca kata-kata nasihat dari Syeikh
Abdul Kadir Al-Jailani yang meneybut tentang erti bersangka baik. Kata beliau :
1-Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
2-Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".
3-Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
4-Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
5-Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Lihatlah betapa indahnya hidup jika kita melazimi diri dengan fokus pada kebaikan, belajar berterima kasih pada musuh atau insan yang tidak sehaluan dengan kita atau seringkali bercakap buruk tentang kita, sekurang-kurangnya dia masih ada masa untuk memikirkan tentang kelemahan yang kita tak sedar, siang malam dia memikirkan tentang kita, jarang sekali sahabat karib nak memberitahu kelemahan diri kita, dengan itu permusuhan akan berlaku jika masing-masing berniat menjatuhkan satu sama lain dari memperbaiki satu sama lain.

Mungkin sudah bertahun-tahun kita berdoa agar menjadi
kaya namun masih lagi tak dapat apa yang diimpi, dengan bersangka baik dengan
Allah ini juga mungkin salah satu tanda kasih sayangnya Allah pada kita kerana
Dia maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hambanya, mungkin jika diberikan
kekayaan dalam masa ini kita akan jadi seperti Tsa’labah yang haloba dengan
harta dan lupa untuk beribadat pada Allah, atau mungkin dengan kekayaan
menyebabkan nikmat bahagia yang kita rasai selama ini akan musnah. Inilah dia
hidup penuh hikmah, jika Allah tidak memberi sesuatu yang diminta bukanlah
bererti Dia tidak mengasihi kita tetapi inilah tanda kasih Dia pada hambaNya.
Sebagai contoh seorang anak yang demam meminta pada ibunya aiskrim, kerana
sayangnya ibu pada anak ibunya tidak membelikan aiskrim untuk anaknya kerana
risau makin teruk demam anaknya, maka begitulah kasihnya Allah pada kita. Kasih
sayang Allah melebihi kasih sayang seorang ibu pada anaknya..!
No comments:
Post a Comment