Saturday 8 October 2011

Tentang Penulis


Mohd Elyas Bin Ismail dilahirkan di Kedah,  pada 05 hb. Feb 1986. Memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Pendang, Kedah dan kemudian ke Maktab Mahmud Alor Star, Kedah. Dan melanjutkan pelajaran ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam bidang Quran Sunnah, Kemudian meneruskan langkah mendalami ilmu di Universiti Al-azhar di Kuliah Usuluddin Jabatan Tafsir. Sejak di bangku sekolah lagi beliau sangat aktif menyampaikan ceramah dan motivasi di sekolah-sekolah sekitar Kedah. Namun sejak 2007 beliau telah bergiat secara  serius dalam bidang Latihan dan Motivasi. Kursus yang dikendalikan beliau lebih menjurus pada Motivasi Pembangunan Diri dan Kumpulan (Self Improvement & Team Player)  Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai Senior Trainer di syarikatnya (E-Class Training Centre).

Kini beliau telah melatih lebih dari 4000 orang peserta  bagi agensi-agensi kerajaan dan swasta termasuk juga NGO. Pengalamannya menjelajah ke beberapa buah negara Asia dan Timur Tengah seperti India, Serilanka, Turki, Saudi,  Jordan dan Mesir menambahkan kematangannya dalam bidang  latihan. Beliau juga sering diundang dalam slot Motivasi Pagi di RTM 1 dan juga sebagai pengacara rancangan Ayat Riwayat terbitan TV Al-Hijrah yang ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan.



1 comment:

  1. salam,
    saya memerlukan deskripsi pengalaman sdr ketika di sanliurfa turki untuk kajian saya, mungkin saya memerlukan sedikit masa dari sdr bagi membincangkan hal ini?
    dan.. saya ingin tahu dalam episod berapakah ayat riwayat bercerita mengenai Nabi ibrahim di sanliurfa?


    bantuan dari sdr sangat diperlukan
    t.kasih..

    ReplyDelete