Tentang Penulis


Mohd Elyas Ismail dilahirkan di Kedah dan memulakan pengajian di Maktab Mahmud Alor Star, Kedah. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dalam bidang Al-Quran Sunnah. Kemudian beliau meneruskan langkah mendalami ilmu di Universiti Al-Azhar Mesir di Kuliah Usuluddin Jabatan Tafsir.

Sejak 2007 beliau telah bergiat secara serius dalam bidang Latihan dan Motivasi. Kursus yang dikendalikan beliau lebih menjurus pada Motivasi Inspirasi Pembangunan Diri dan Kumpulan (Self Improvement & Team Player). Beliau memiliki beberapa sijil latihan bertaraf antarabangsa seperti Neuro Linguistic Programming dari USA dan Terapi Aura Shifa’ dari Indonesia dan pengarah urusan di HIGH STEP CONSULTANT.

Kini beliau telah melatih lebih dari 10,000 orang peserta bagi agensi-agensi kerajaan dan swasta termasuk juga NGO dan sekolah. Pengalamannya menjelajah ke beberapa buah negara Asia dan Timur Tengah seperti India, Seri Lanka, Turki, Saudi, Jordan, Mesir dan Singapura menambahkan kematangannya dalam bidang latihan.

PENAMPILAN MEDIA :
1.       Panel rancangan Tanyalah Ustaz TV9
2.       Penceramah rancangan Bismillah TV3
3.       Penceramah rancangan Motivasi Pagi TV3 (Mulai 30 Jun 2013)
4.       Penceramah rancangan Muhasabah Diri TV Al-HIJRAH
5.       Tetamu rancangan Detik 12 MALAM TV3
6.       Kaunselor Tetap di radio Negeri FM 92.6 (Negeri Sembilan)

7.       Rasul Yang Kata Musim Ke-2 TV9