Monday, 19 March 2012

Nota Kaunseling Remaja 21/3/2012 Rabu ini..


SOALAN BIJAK

1-      Malu bertanya ? Sesat jalan. Sejauhmana kebenaran peribahasa lama ini jika dikaitkan dengan dunia maklumat ‘di hujung jari’ ini.

2-      Hidup manusia sentiasa dikelilingi dengan persoalan yang kita wujudkan sendiri.

SOALAN BIJAK = JAWAPAN CEMERLANG

3-      Bayangkan jika hidup dikelilingi dengan persoalan negatif agak-agaknya apa jawapan yang bakal kita perolehi ?



Kenapa mak selalu marah-marah ?

Apalah nasib aku ditakdirkan bodoh ?

Kenapa aku tak sepandai abang dan kakak ?

Bila nak kaya aku ni?

Entah apa yang cikgu fikir pasal aku ni ?



4-      Ubah cara kita menyoal diri akan membantu mendapatkan jawapan terbaik.



Bagaimana nak buat mak sayangkan aku ?

Siapa patut aku contohi cara belajarnya ?

Apa yang kakak dan abang aku buat sampai berjaya ?

Apa punca kelemahan perniagaan aku ?

Bagaimana nak ceriakan wajah cikgu bila jumpa aku ?



5-      Soalan menjana Inspirasi dan Idea seperti kisah Isaac Newton dengan teori graviti.

6-      Binalah soalan yang sentiasa merangsang pembangunan diri dan manusia lain.

7-      Bijak memilih masa sewaktu menyoal. (Situasi isteri dan suami atau cikgu dan pelajar)

8-      Bila anak-anak mula bertanya itu tanda minda mereka sedang berkembang.



Untuk melihat dunia masa hadapan,

Lihatlah remaja hari ini !

Oleh :

Elyas Ismail

Senior Trainer,

E-Class Training Centre (M) Sdn Bhd

Kuasa Kepercayaan

Beberapa tahun dahulu ada seorang lelaki yang berumur 61 tahun mengambil keputusan untuk menyertai satu larian sejauh 375 km di Australia. Larian itu disertai oleh 150 atlet antarabangsa yang lain dan kesemuanya datang dengan pakaian sukan yang berjenama dan bermutu tinggi. Namun, lelaki ini datang dengan pakaian yang biasa sahaja (bukan pakaian sukan) dan semasa beliau hendak mendaftar, ramai orang yang terkejut melihat orang tua tersebut.
Salah seorang berasa ragu-ragu lalu bertanya, “Apakah yang membuat anda merasa bahawa anda dapat melakukannya?” Beliau menjawab bahawa dia merupakan mengembala kambing dan yang menjaga kambing untuk sebuah syarikat dan kawasan di bawah penjagaannya seluas 2000 ekar.
Setiap hari, tugas beliau ialah berlari mengelilingi kawasan itu untuk menghalau kambing yang keluar sempadan. Akhirnya, beliau diterima sebagai peserta larian itu. Sebagai seorang yang tinggal di kampung, beliau tidak pernah membaca majalah sukan dan beliau tidak mengetahui bahawa beliau dibenarkan berhenti berehat.Dengan kata lain, beliau PERCAYA bahawa dia perlu berlari tanpa henti untuk 4 hari berturut-turut.
Pada mulanya beliau berlari perlahan kerana beliau hendak menyimpan tenaganya untuk hari-hari yang akan datang. Beliau berlari 4 hari berturut-turut tanpa henti dan semasa atlet-atlet yang lain sedang tidur pada waktu malam, beliau melepasi mereka. Untuk memendekkan cerita, akhirnya beliau berjaya menjadi juara dalam pertandingan tersebut dan sampai ke garisan penamat 12 jam LEBIH AWAL daripada REKOD DUNIA!
Beginilah yang dikatakan Kepercayaan Membawa Kesungguhan Dalam Tindakan!



Tuesday, 13 March 2012

Nota untuk Slot Kaunseling Remaja di Negeri FM 92.6



         Merancang Kejayaan Pro-Aktif
1-      Merancang perjalanan hidup : cth belajar, berkawan, bekerja, berkahwin, berkawan
2-      Menilai untuk jangka masa panjang : Mengapa bekerja di situ? Untuk apa sambung belajar? Apa sebab dia perlu jadi sahabat aku?
3-      Mengetahui apa prinsip hidup yang patut dipegang (sistem kepercayaan)sepanjang hayat.
4-    Kenalpasti apa cabaran di sebalik perancangan : tentangan ahli keluarga, diperlekeh rakan-rakan, usaha tidak menjadi berkali-kali.
5-      Siapa sumber kekuatan di saat terasa lemah? Cth guru yang memahami, rakan sebaya yang positif, ibu atau ayah.
6-      Master of Your Own Destiny – Kebebasan dalam mengatur kehidupan tanpa dipengaruhi faktor luaran yang negative. Namun kebebasan terpimpin dengan nilai agama!

Refleksi Pro-Aktif
1-      Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Sama ada kita yang mengatur kehidupan atau kehidupan kita diatur oleh orang lain.
2-      Hargailah kehidupan yang sementara kerana kita sebaik-baik ciptaan, maka jadilah sebaik-baik pemberi pada agama, bangsa dan negara.

Untuk melihat dunia masa hadapan,
Lihatlah remaja hari ini !

Oleh :
Elyas Ismail
Senior Trainer,
E-Class Training Centre (M) Sdn Bhd

Monday, 12 March 2012

Nota 10

Nota 1 :Tujuan Kita Bukan Untuk Mengubah Dunia, Tapi Mencari Jalan Mengubah Diri.
ü  Misi yang paling besar dalam hidup sebenarnya bukanlah untuk menyelamatkan dunia, ikan paus, hutan, sungai yang semakin musnah dan pupus semata-mata, malah yang lebih utama ialah menyelamatkan sifat dan sikap DIRI SENDIRI dengan semangat Kendiri (Kenali Diri)
ü  Sebelum melakukan perubahan pada dunia luaran, lakukanlah perubahan pada dunia dalaman kita (pemikiran, perasaan, daya tahan emosi) terlebih dahulu.
ü  Elakkan dari menyalahkan takdir, akan tetapi mengurus tadbir diri dengan baik.

Nota  2 : Tujuan (Allah) + Tindakan (Ibadah) = Amanah
ü  Meletakkan keredhaan Allah sebagai tujuan, dan bertindak dengan niat ibadah pasti melahirkan sifat amanah dalam diri seseorang.
ü  Niat merupakan (internal drive) yang paling ampuh untuk memacu kualiti kerja seseorang.

Nota 3 : Co-Operatively – Purpose – Accountable
ü  Tersusun – Perancangan yang strategik dan jelas
ü  Purpose – Tujuan dan matlamat yang disepakati
ü  Accountable – Tanggung di dunia jawab di akhirat

Nota 4 : Bersangka Baik
ü  Jika bertemu dengan seseorang, yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
ü  Jika bertemu anak kecil, ucapkanlah dalam hatimu bahawa anak ini belum bermaksiat pada Allah sedangkan aku banyak berdosa pada Tuhan.
ü  Jika bertemu orang tua, katakanlah pada diri bahawa dia telah lama melakukan kebaikan berbanding aku yang masih muda dan belum banyak kebaikan yang kulakukan.
ü  Jika bertemu dengan orang berilmu, yakinilah bahawa dia lebih banyak mengetahiu ilmu pengetahuan dan luas pengalamannya yang perlu kita pelajari darinya.

Nota 5 : Sikap dalam Pasukan
ü  Hormat          - Respect : Menghormati untuk dihormati
ü  Pengiktirafan –Recognition : Memberi penghargaan pada ahli pasukan sebagai galakan
ü  Kepercayaan – Reassurance : Membina keyakinan dalam pasukan
ü  Pembahagian Tugas – Delegation : Agar tugasan diurus dengan sistematik dan teratur
ü   Motivasi - Motivation : Galakan dan dorongan padu pada ahli

Nota 6 : Rendah Diri
ü  Semakin rendah hati seseorang maka semakin tinggilah harga nilai dirinya.
ü  Kemuliaan seseorang bukanlah pada apa yang dimiliki, namun pada apa yang diberi.

Nota 7 : Kerjasama
ü  Kualiti Pasukan = Kualiti Komunikasi
ü  Semakin jelas dan tepat komunikasi berlaku dalam pasukan semakin jelaslah jalan menuju matlamat.

Nota 8 : Berbudi Bahasa
ü  Menghormati orang lain sebagaimana diri ingin dihormati
ü  Yang semakin rosak serta terhakis pada hari ini bukanlah atmosfera bumi, akan tetapi ‘atmosfera’ sihat dan nyaman dalam pejabat dan masyarakat yang rosak dari adab sopan.

Nota 9 : Mengurus Perbezaan
ü  Perbezaan bukan satu pertentangan, akan tetapi jalan menuju penyatuan dan kesempurnaan.
ü  Mencari titik persamaan dalam perbezaan kerana setiap dari kita ada ‘titik buta’ tersendiri.

Nota 10 : Cabaran Winning Team
ü  Pemikiran – Perasaan - Tindakan









Thursday, 8 March 2012

Nota untuk Kaunseling Remaja Negeri FM 92.6 7/3/2012


1) Ciri- ciri Sifat Remaja

1-      Pro-Aktif = Buat sampai jadi
-          Melihat cabaran sebagai peluang
-          Bertindak strategik
-          Terbuka menerima kelemahan untuk dibaiki

2-      Reaktif    = Tunggu sampai jadi
-          Mengharap peluang
-          Lari dari risiko
-          Suka menyalahkan

3-      In-Aktif   = Tak tahu apa jadi
-          Tiada kekuatan kendiri (Kenal Diri)
-          Mudah dicorakkan keadaan dan orang lain
-          Tiada tujuan dan tidak memahami keperluan hidup


2) Cara Fikir Remaja

1-      Melihat Diri     (Kekuatan dan Kelemahan)
2-      Melihat Keluarga (Tempat mengadu dan memeningkan kepala)
3-      Melihat Rakan dan Sahabat (Untuk enjoy dan mencontohi positif)
4-      Melihat Dunia (Menyemai usaha dan menghabis masa)

Untuk melihat dunia masa hadapan,
Lihatlah remaja hari ini !
Oleh :
Elyas Ismail
Senior Trainer,
E-Class Training Centre (M) Sdn Bhd

Thursday, 1 March 2012

Harga Sebuah Pengorbanan

Pengorbanan perlu ada strategi tersendiri agar
 tidak terkorban di kemudian hari

Pepatah Melayu Description: http://2.bp.blogspot.com/_KqLE9heMYn0/TS082E5RlKI/AAAAAAAAABc/nhOCmdC6i4A/s200/pengorbanan.jpgada mengatakan “Bila adanya cinta, di sana adanya pengorbanan”, “Tanpa pengorbanan mimpi tak bermakna”, “Setiap cita-cita mesti disusuli pengorbanan”. Inilah di antara kata-kata yang sering kita dengar yang menggambarkan betapa tinggi dan perlunya sebuah pengorbanan dalam setiap ruang hidup manusia, ada juga yang mengatakan  barangsiapa yang tidak berkorban pasti terkorban. Ini bererti setiap orang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain. Oleh kerana kita adalah sebaik-baik ciptaan maka seharusnya kita menjadi sebaik-baik pemberi kepada agama,keluarga, masyarakat dan kerjaya.

Jika dilihat dari sudut bahasa arab korban adalah dari kalimah qaraba yang membawa maksud dekat, jadi apa kaitannya di antara pengorbanan dengan dekat? Apa yang dapat difahami di sini ialah pengorbanan adalah satu proses mendekatkan seseorang dengan seseorang yang lain.

                                                                Pengorbanan = Mendekatkan

Sebagai contoh seorang ibu yang berkorban untuk anak-anak maka hasilnya pengorbanan si ibu tadi akan mendekatkan atau merapatkan hubungannya dengan anak-anak, dalam masa yang sama beroleh berkat dari Tuhan.Seorang suami yang mengorbankan sedikit masa atau wang ringgit demi isteri dan  keluarga untuk makan bersama akan merasai nikmat semakin dekat dengan keluarga tercintanya. Seorang lelaki yang mengorbankan masa tidurnya untuk bangun di sepertiga malam kerana Allah akan terasa semakin dekat dengan rahmat dan rahim Allah Yang Maha Agung. Seorang anak yang mengorbankan masa kerjanya hanya semata-mata untk balik ke kampung menjenguk ibu yang keseorangan pastinya semakin dekat hati anak dan hati si ibu.

Alangkah indahnya dunia ini jika setiap dari kita menyuburkan rasa ingin berkorban demi mencapai kecemerlangan yang diimpikan. Ayuh kita renung bersama sirah pengorbanan seorang isteri dan seorang ibu bernama Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, nabi Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, adalah di antara lambang kesetiaan dan pengorbanan seorang isteri dan ibu. Semakin berkorban semakin sayang kerana nilai sebuah kasih sayang bermula dari memberi.



Benarlah kata mentor saya En. Khaeril Anuar yang berkata, “Di antara lambang pengorbanan seseorang pada keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya”. Walaubagaimanapun setiap pengorbanan perlu ada strategi tersendiri agar tidak terkorban di kemudian hari maksudnya setiap dari kita mempunyai komitmen atau tanggungjawab tersendiri,maka perlu bijak dalam mengimbangkan semuanya.

Saya masih ingat seorang peserta saya pernah berkongsi pandangannya mengenai erti pengorbanan. Dia menceritakan bahawa dia adalah seorang ibu yang sangat baik dan penyayang terhadap anak-anak, setiap keluhan dan kesedihan anak-anaknya sentiasa diberi perhatian seboleh-bolehnya dia mahukan senyuman sentiasa terukir di bibir mereka. Namun dalam keghairahan dia berkorban demi anak-anak dia terlupa bahawa dalam masa yang sama dia juga seorang isteri pada suaminya, dan lebih menyedihkan suaminya baru sahaja meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat memohon maaf atas kealpaanya sebagai isteri selama suaminya masih hidup.

Dalam kursus yang sama juga seorang peserta lain juga dengan hati yang terbuka berkongsi kisahnya, dia seorang pekerja contoh dan seringkali mendapat jolokan ‘pekerja harapan malaya’ kerana setiap tugasan yang diberikan pasti disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, hubungan dengan pekerja lain sangat baik sehinggakan ada yang berkata jika tak datang pejabat satu hari macam ‘mendung’ suasana pejabat. Dia cukup berkorban demi kerjayanya, namun satu yang menyedihkan ialah dia gagal menjadi anak yang baik terhadap ibu dan ayahnya, dalam setahun boleh dikira berapa kali pulang ke kampung, atau jarang sekali menelefon hanya sekadar bertanya khabar.

Kadang-kadang ada manusia sanggup berkorban masa, tenaga dan seluruh hidupnya semata-mata untuk menyelamatkan ikan paus, panda, beruang yang hampir pupus, namun ibu di kampung dihantar ke rumah orang tua-tua dan pupus kasih dari seorang anak. Inikah makna pengorbanan? Cuba berkorban di sana di sini pula terkorban.

Jadi, uruslah minda, hati dan perasaan kita terlebih dahulu sebelum mengurus insan lain lebih-lebih lagi insan tersayang. Cuba renungkan pesanan pramugrami tiap kali sebelum memulakan penerbangan antaranya,’Jika kandungan oksigen berkurangan dalam kapal terbang, dan corong untuk bernafas keluar dari bahagian atas, hendaklah kita melekapkan corong itu ke mulut kita terlebih dahulu dan bernafaslah  sebelum membantu anak kecil di sebelah melekapkan corong ke mulutnya.’

Mesej paling penting di sini ialah persediaan sebelum berkorban, iaitu melengkapkan diri dengan iman dan kepercayaan yang teguh agar mampu memberikan ‘nafas’ pada diri di saat-saat getir menempuh ujian.Bentuklah matlamat yang tepat lagi jelas dalam menentukan arah hidup sebenar agar setiap pengorbanan diganjari dengan redha Tuhan kelak. Bayangkan jika perjalanan hidup sudah jelas namun tidak tepat (menuju Tuhan) ibarat seperti naik bangunan tinggi tetapi hakikatnya salah bangunan! Penat bukan? Satu pengorbanan yang sia-sia.

Firman Allah S.W.T :

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." Surah al-Hujurat ayat 15.


Mulakan dengan niat yang ikhlas, seperti kata Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah “Orang ikhlas pasti dibalas”.
Dengan niat akan menjadikan seseorang itu tahu apa yang dia mahu dan mahu apa yang dia tahu. Bersyukur dan berterima kasihlah pada Allah tiap kali mencapai kejayaan, dan bersabarlah bila ujian menyapa kerana itulah harga yang perlu dibayar bagi sebuah erti ketenangan (dalaman) di sebalik kesenangan (luaran).


Pesan guru saya dulu, rajin-rajinkanlah bergaul dan bersahabat dengan orang-orang bijaksana kerana di situ kita akan mengenal siapa sebenarnya kita. Mampu membina rasa sabar dalam diri apabila mencontohi sifat dan sikap mereka dengan kaedah yang di sebut oleh ahli-ahli Neuro Linguistic Programming (NLP) sebagai ‘modelling’(mencontohi). Ia adalah proses mencontohi seseorang individu atau tokoh yang kita kagum dengan ‘menyalin’ semula semua perilaku dirinya dan disematkan pada diri. Sebagai contoh kita kagum dengan majikan kita sendiri dari sifatnya yang prihatin terhadap kebajikan pekerjanya, tak dilupakan keluarganya sangat senang dengan sikapnya, jadi kita cuba ‘model’ kan sifatnya menjadi sebahagian dari diri kita.

Konsistenlah dalam berdoa, kerana doa adalah satu proses (affirmation) atau .....diri. Bermula dari doa ia akan menguatkan hati dan ‘menyedarkan’ rohani akan kelemahan kita sebagai hamba Tuhan, ini kerana dengan rasa lemah mengingatkan kita pada jiwa hamba, manakala dengan rasa kuat meyakinkan diri untuk berkorban dan berkhidmat pada makhluk lain.

Kelemahan – Membawa rasa kesedaran kepada Tuhan
Kekuatan   -  Memberi manfaat pada makhluk

Kerana itulah saya katakan pengorbanan perlukan strategi dan keseimbangan dalam menguruskannya. Bagaimana dengan hidup anda? Bila kali terakhir anda berkorban?

Refleksi :
1.       Setiap cita-cita mesti disusuli dengan pengorbanan dan komitmen yang tinggi.
2.       Seseorang itu dimuliakan bukanlah kerana apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat dan kebahagiaan sejati pada orang lain.
3.     Pengorbanan adalah satu usaha bagi mendekatkan seseorang dengan seseorang yang lain, dan hasilnya, kebahagiaan dan ketenangan yang tak mampu dilihat hanya dapat dirasa.
4.     Di antara lambang pengorbanan seseorang pada keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
5.     Uruslah minda, hati dan perasaan kita terlebih dahulu sebelum mengurus insan lain, kerana untuk dikasihi perlu mengasihi.
6.     Jika perjalanan hidup sudah jelas namun tidak tepat (menuju Tuhan) ibarat seperti naik bangunan tinggi tetapi hakikatnya salah bangunan!

Tuesday, 14 February 2012

Ucapan Impak Maksima !




Tiba-tiba sakit perut?
Berpeluh peluh?
Jantung berdegup kencang?
Tapak tangan berpeluh dan menggigil?
Mata berair macam nak menangis?

Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas? Mungkin inilah yang dialami bagi sesetengah orang yang pertama kali ingin berucap atau bercakap di khalayak ramai! Jika anda salah seorang yang mengalami situasi ini sebenarnya ia masalah biasa bagi yang pertama kali berucap terutamanya di hadapan orang-orang terhormat!
Dengan mengetahui dan mempelajari beberapa strategi pengucapan yang efektif, menarik, dan mengujakan ia pasti membantu anda untuk lebih yakin serta bertenaga dalam menyampaikan apa jua bentuk ucapan.


 Kuasai 5 Langkah Ucapan Pro Aktif dan Efektif
1-    Kenali dan Fahami Siapa Audien Anda
Sebelum memulakan ucapan, sebaiknya wujudkan suasana ‘sembang-sembang’ dengan audien anda sekadar untuk mendapatkan ‘mood’ mesra. Ia juga penting sebagai langkah untuk anda berkenalan secara tidak langsung kalau-kalau ada VIP di dalam majlis tersebut.
  
2-    Fahami dan Kuasai Tajuk
Isi ucapan atau ‘point’ utama perlu difahami dan dikuasai sebaiknya untuk mengelakkan salah faham pada audien. Kaitkan isi ucapan dengan realiti susasana sebenar hari untuk mengukuhkan lagi kefahaman audien atau pendengar, jika tidak suasana akan menjadi hambar dan bosan kerana ia kelihatan seperti ‘pelajaran teori’ tanpa realiti bukti!

3-    Susun dan Ingat ‘Point’ Utama
Antara teknik paling penting dalam ucapan ialah dengan mengingati isi utama setiap isu atau perkara yang hendak disampaikan. Sediakan nota kecil yang padanya ditulis isi-isi utama ucapan agar tidak lari dari perbincangan asal. Ia juga boleh mengingatkan semula jika terlupa dan mengelakkan kita dari menggelabah. Selain itu anda akan kelihatan professional dan tersusun ketika menyampaikan ucapan.
4-    Praktis, Cuba dan Rasai
Sehari atau dua hari sebelum majlis ucapan anda berlangsung, praktis semaksimum mungkin terutamanya di hadapan cermin dan rasai seolah-olah suasana sebenar ucapan anda. Ini akan membuatkan diri anda sangat selesa dan sebati dengan  isi ucapan tersebut. Pastikan berapa lama masa yang diperlukan bagi intro, huraian dan penutup. Bayangkan audien anda sedang memberi perhatian yang begitu positif sekali terhadap anda!

5-    Tenangkan Diri dari Dalam
Datang awal sebelum sesi ucapan anda sekurang-kurangnya 15 minit awal, tarik nafas sedalam mungkin sekiranya ada rasa gementar dan gugup. Selain itu, pengalaman juga  dapat mengurangkan rasa gugup, di mata audiens. Semakin kerap seseorang itu berucap, semakin pandailah ia menyembunyikan kegugupan, dan semakin yakinlah ia berucap.Cuba pula praktis fizikal seperti di bawah :-

1-      Buat latihan pernafasan sampai jantung anda berdegup dalam keadaan stabil
2-      Minum air, untuk mengelakkan lidah dan tekak anda kering
3-      Senyum seikhlas hati kerana ia membuatkan anda rasa sangat tenang
4-      Bayangkan pengakhiran yang baik dan menyeronokkan.