Tuesday 14 February 2012

Ucapan Impak Maksima !




Tiba-tiba sakit perut?
Berpeluh peluh?
Jantung berdegup kencang?
Tapak tangan berpeluh dan menggigil?
Mata berair macam nak menangis?

Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas? Mungkin inilah yang dialami bagi sesetengah orang yang pertama kali ingin berucap atau bercakap di khalayak ramai! Jika anda salah seorang yang mengalami situasi ini sebenarnya ia masalah biasa bagi yang pertama kali berucap terutamanya di hadapan orang-orang terhormat!
Dengan mengetahui dan mempelajari beberapa strategi pengucapan yang efektif, menarik, dan mengujakan ia pasti membantu anda untuk lebih yakin serta bertenaga dalam menyampaikan apa jua bentuk ucapan.


 Kuasai 5 Langkah Ucapan Pro Aktif dan Efektif
1-    Kenali dan Fahami Siapa Audien Anda
Sebelum memulakan ucapan, sebaiknya wujudkan suasana ‘sembang-sembang’ dengan audien anda sekadar untuk mendapatkan ‘mood’ mesra. Ia juga penting sebagai langkah untuk anda berkenalan secara tidak langsung kalau-kalau ada VIP di dalam majlis tersebut.
  
2-    Fahami dan Kuasai Tajuk
Isi ucapan atau ‘point’ utama perlu difahami dan dikuasai sebaiknya untuk mengelakkan salah faham pada audien. Kaitkan isi ucapan dengan realiti susasana sebenar hari untuk mengukuhkan lagi kefahaman audien atau pendengar, jika tidak suasana akan menjadi hambar dan bosan kerana ia kelihatan seperti ‘pelajaran teori’ tanpa realiti bukti!

3-    Susun dan Ingat ‘Point’ Utama
Antara teknik paling penting dalam ucapan ialah dengan mengingati isi utama setiap isu atau perkara yang hendak disampaikan. Sediakan nota kecil yang padanya ditulis isi-isi utama ucapan agar tidak lari dari perbincangan asal. Ia juga boleh mengingatkan semula jika terlupa dan mengelakkan kita dari menggelabah. Selain itu anda akan kelihatan professional dan tersusun ketika menyampaikan ucapan.
4-    Praktis, Cuba dan Rasai
Sehari atau dua hari sebelum majlis ucapan anda berlangsung, praktis semaksimum mungkin terutamanya di hadapan cermin dan rasai seolah-olah suasana sebenar ucapan anda. Ini akan membuatkan diri anda sangat selesa dan sebati dengan  isi ucapan tersebut. Pastikan berapa lama masa yang diperlukan bagi intro, huraian dan penutup. Bayangkan audien anda sedang memberi perhatian yang begitu positif sekali terhadap anda!

5-    Tenangkan Diri dari Dalam
Datang awal sebelum sesi ucapan anda sekurang-kurangnya 15 minit awal, tarik nafas sedalam mungkin sekiranya ada rasa gementar dan gugup. Selain itu, pengalaman juga  dapat mengurangkan rasa gugup, di mata audiens. Semakin kerap seseorang itu berucap, semakin pandailah ia menyembunyikan kegugupan, dan semakin yakinlah ia berucap.Cuba pula praktis fizikal seperti di bawah :-

1-      Buat latihan pernafasan sampai jantung anda berdegup dalam keadaan stabil
2-      Minum air, untuk mengelakkan lidah dan tekak anda kering
3-      Senyum seikhlas hati kerana ia membuatkan anda rasa sangat tenang
4-      Bayangkan pengakhiran yang baik dan menyeronokkan.





No comments:

Post a Comment