Monday 19 March 2012

Kuasa Kepercayaan

Beberapa tahun dahulu ada seorang lelaki yang berumur 61 tahun mengambil keputusan untuk menyertai satu larian sejauh 375 km di Australia. Larian itu disertai oleh 150 atlet antarabangsa yang lain dan kesemuanya datang dengan pakaian sukan yang berjenama dan bermutu tinggi. Namun, lelaki ini datang dengan pakaian yang biasa sahaja (bukan pakaian sukan) dan semasa beliau hendak mendaftar, ramai orang yang terkejut melihat orang tua tersebut.
Salah seorang berasa ragu-ragu lalu bertanya, “Apakah yang membuat anda merasa bahawa anda dapat melakukannya?” Beliau menjawab bahawa dia merupakan mengembala kambing dan yang menjaga kambing untuk sebuah syarikat dan kawasan di bawah penjagaannya seluas 2000 ekar.
Setiap hari, tugas beliau ialah berlari mengelilingi kawasan itu untuk menghalau kambing yang keluar sempadan. Akhirnya, beliau diterima sebagai peserta larian itu. Sebagai seorang yang tinggal di kampung, beliau tidak pernah membaca majalah sukan dan beliau tidak mengetahui bahawa beliau dibenarkan berhenti berehat.Dengan kata lain, beliau PERCAYA bahawa dia perlu berlari tanpa henti untuk 4 hari berturut-turut.
Pada mulanya beliau berlari perlahan kerana beliau hendak menyimpan tenaganya untuk hari-hari yang akan datang. Beliau berlari 4 hari berturut-turut tanpa henti dan semasa atlet-atlet yang lain sedang tidur pada waktu malam, beliau melepasi mereka. Untuk memendekkan cerita, akhirnya beliau berjaya menjadi juara dalam pertandingan tersebut dan sampai ke garisan penamat 12 jam LEBIH AWAL daripada REKOD DUNIA!
Beginilah yang dikatakan Kepercayaan Membawa Kesungguhan Dalam Tindakan!



No comments:

Post a Comment