Merancang Kejayaan Pro-Aktif
1- Merancang perjalanan hidup : cth belajar, berkawan, bekerja, berkahwin, berkawan
2- Menilai untuk jangka masa panjang : Mengapa bekerja di situ? Untuk apa sambung belajar? Apa sebab dia perlu jadi sahabat aku?
3- Mengetahui apa prinsip hidup yang patut dipegang (sistem kepercayaan)sepanjang hayat.
4- Kenalpasti apa cabaran di sebalik perancangan : tentangan ahli keluarga, diperlekeh rakan-rakan, usaha tidak menjadi berkali-kali.
5- Siapa sumber kekuatan di saat terasa lemah? Cth guru yang memahami, rakan sebaya yang positif, ibu atau ayah.
6- Master of Your Own Destiny – Kebebasan dalam mengatur kehidupan tanpa dipengaruhi faktor luaran yang negative. Namun kebebasan terpimpin dengan nilai agama!
Refleksi Pro-Aktif
1- Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Sama ada kita yang mengatur kehidupan atau kehidupan kita diatur oleh orang lain.
2- Hargailah kehidupan yang sementara kerana kita sebaik-baik ciptaan, maka jadilah sebaik-baik pemberi pada agama, bangsa dan negara.
Untuk melihat dunia masa hadapan,
Lihatlah remaja hari ini !
Oleh :
Elyas Ismail
Senior Trainer,
E-Class Training Centre (M) Sdn Bhd
No comments:
Post a Comment