Monday 8 August 2011

JIKA ANDA INGIN MILIKI SESUATU YANG BELUM PERNAH ANDA MILIKI, ANDA PERLU LAKUKAN PERKARA YANG BELUM PERNAH ANDA LAKUKAN

Manusia adalah makhluk Tuhan yang mempunyai pelbagai keinginan, kehendak dan rasa yang berbeza-beza di antara satu sama lain. Setiap manusia yang menginginkan sesuatu perlu mempunyai niat dan tujuan tersendiri untuk mencapai apa yang diingini. Walaubagaimanapun hasil yang baik akan diperolehi bermula niat yang baik good intention. Persoalannya bagaimana ingin membentuk niat yang baik? Ia bermula dengan nilai diri yang positif atau good value.
HARGA DIRI – PENETAPAN MATLAMAT – HASIL
Bagi seorang guru, jika inginkan para pelajar menghormati dan menghargai tiap ilmu yang diberikan, semestinya nilai diri seorang guru itu harus dibina agar ilmunya mampu disampaikan dengan berkesan. Bagaimana jag air yang keruh dapat menuangkan air jernih ke dalam setiap gelas? Setelah unsur nilai itu sempurna, secara automatiknya niat dan matlamat akan terbina secara positif.
GOOD DECISION = DAILY DICIPLINE

CINTA
Cinta yang sempurna adalah cinta yang sentiasa membina kebaikan dan memberi untuk menerima. Anugerah Tuhan Yang Maha Kaya ini mampu membuatkan kita Berjaya kerananya dan gagal kerananya. Samalah seperti handphone yang kita miliki ia mungkin membuatkan kita berjaya kerananya, ada orang menggunakannya untuk mengembangkan perhubungan yang baik dalam perniagaan, ada orang menghabiskan masa dengan berbual kosong hingga banyak masa terbuang tanpa faedah. Walaubagaimanapun, cinta tanpa komitmen dan pengorbanan dan usaha adalah sia-sia,seperti seorang bapa yang cintakan anak-anak dan keluarganya, ia harus melakukan ‘usaha’ untuk menyubur kekuatan cinta yang akhirnya anak-anak dan keluarganya akan bahagia.
Cinta adalah komitmen di antara dua hati. Komitmen ni adalah persetujuan untuk memberi, menghadiri, setia, percaya. Rahsia bahagianya cinta adalah wujudnya komitmen berterusan di antara kedua-dua belah pihak iaitu pihak lelaki dan pihak perempuan.
Saya merujuk cinta yang saya katakan sekarang ini sebagai cinta orang bujang. Sebab dalam ratusan masalah cinta yang diajukan pada saya kebanyakannya adalah masalah cinta lelaki bujang dan gadis-gadis bujang. Itu lum cerita lagi masalah cinta yang dialami oleh pasangan suami isteri.
Kita tak perlu memaksa diri untuk menyamakan diri kita dengan pasangan kita atau kekasih cinta kita. Pada peringkat awal perhubungan cinta, usah terlalu memaksa diri mencari banyak persamaan antara kita dengan pasangan kita.
Sebaliknya, hargailah keunikan kita dan keunikan kekasih kita. Terima kelainan yang ditampilkan oleh kekasih kita tu.
Pada peringkat permulaan, kita hanya akan dapati ada sedikit persamaan – iaitu rasa ingin menyayangi antara satu sama lain. Jangan terlalu berkecil hati sebab sikap kita, selera kita atau pekerjaan kita tak banyak yang sama dengan pasangan kita. Persamaan akan muncul sedikit demi sedikit seiring dengan peredaran masa dan peredaran hubungan cinta dari tahun ke tahun.
Cinta adalah komitmen dua hati, biasanya dari dua orang yang berbeza sebagai cara untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Kebahagiaan cinta tak semestinya memerlukan kesamaan atau keserupaan selera, sikap, jumlah gaji, jawatan, jenis kerjaya, tempat asal, filem kegemaran, lagu kesukaan atau kenderaan pilihan.
Kita perlu saling menerima kelainan-kelainan pasangan untuk kita menjadi komited pada cinta.
LOVE + COMMITMEN = SUCCESS      


No comments:

Post a Comment