Wednesday 10 August 2011

GAJI KECIL JIWA BESA


Saya masih teringat lagi kisah yang diceritakan oleh kawan saya masa belajar dulu tentang pengalamannya dengan seorang pemandu teksi yang berjiwa besar. Kisah ini berlaku lima tahun yang lalu ketika kawan saya itu dari stetsen bas dan ingin ke kampung dengan menaiki teksi. Tiba-tiba dia disapa oleh salah seorang pemandu teksi di situ, “Nak kemana dik?”tanya pakcik teksi, “Saya nak balik Sik, berapa tambangnya?”balas kawan saya, “Hmm hari pun dah nak malam,kalau pakcik ambil lima belas ringgit boleh?”pakcik teksi memberikan penjelasan disebabkan jaraknya dalam 25 km dari stesen bas,”Ok lah kalau macam tu” balas kawan saya.
Dalam teksi tersebut kawan saya asyik perhatikan pakcik teksi tadi yang dari tadi membelek-belek handphone 3G yang mungkin miliknya.”Wah cantik handphone pakcik ye!”gurau kawan saya,”Eh ini bukan pakcik punya,manalah pakcik mampu nak beli handphone semahal ini,”balas pakcik teksi dengan nada merendah diri.Timbul persoalan di hati kawan saya kalau bukan pakcik teksi tu punya siapa lagi, tiba-tiba pakcik teksi memulakan cerita “Tadi ada seorang perempuan naik kereta pakcik sebab kereta dia rosak,nampak gaya macam orang berniaga dengan pakaian dan perhiasan mahal-mahal dipakainya,lepas dia turun mungkin dia tak sedar handphone dia tertinggal,itu sebab pakcik nak hantar pada dia ni takut dia risau pulak,”cerita pakcik pada kawan saya. “Mana pakcik tahu siapa pemiliknya dan dimana dia tinggal? tanya kawan saya sangat ingin tahu, “Oh 5 minit lepas dia tertinggal pakcik dengar ada telefon berbunyi dan pakcik terus jawab, pemiliknya harap sangat pakcik dapat hantar semuala disebabkan banyak nombor telefon kawan-kawan dan rakan niaganya dalam hanphone tu, jadi sekarang pemiliknya tunggu di tepi jalan tu,” Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 30an sedang menunggu di tep jalan dan pakcik teksi terus berhentikan kereta dan menyerahkan handphone tersebut pada wanita tersebut,kelihatan wajah ceria bercampur syukur kerana handphone miliknya masih selamat.

Sebagai tanda terima kasih wanita tersebut menghadiahkan RM 200 kepada pakcik teksi di atas keikhlasan dan kejujurannya,termenung seketika saya yang mendengar cerita pengalaman kawan saya ini dan bermacam-macam persoalan timbul di fikiran saya, adakah masih wujud manusia sebegini di saat ekonomi masih tidak stabil dengan jumlah pendapatan seorang pemandu teksi yang tak seberapa, masih mampu mengawal ‘nafsu’ dari melakukan perkara yang akan merosakkan jiwanya. Inilah yang dikatakan sebagai ‘Gaji kecil Jiwa besar’.

No comments:

Post a Comment